Tuesday, 24 April 2012
Laptop ultra-nipis :
Acer memperkenalkan laptop ultra ternipis yang pernah mereka cipta di namakan Acer Aspires S5. Sebelum ini, laptop ultra paling nipis yang giat dipromosikan oleh Acer di Malaysia sekarang ini adalah Acer Aspire S3, kemudian jenama lain pun mula memperkenlkan laptop ultrabook keluaran mereka sendiri seperti Asus dengean ZenBook dan Hp dengan ultrabook Folio. Ultrabook Aspire S5 dilancarkan pada 8 Januari 2012 ketika sidang akhbar menjelang pameran CES 2012 di Las Vegas, Nevada, Amerika.
Walaupun pameran itu belum bermula secara rasmi beberapa syarikat
sudah mula membuat pelancaran produk terbaru mereka. Dari imeh yang ada
di atas Acer Aspire S5 bersaiz 13.3 inci, dilengkapi
Green Instant On Technology, membuatkan laptop ultrabook ini boleh hidup
dalam masa 1.5 saat sahaja selepas butang on ditekan. Kerangka luar Acer Aspire S5
diperbuat dari aloi magnesium-aluminum untuk ketahanan lasak walaupun
badannya cukup nipis hingga tidak ada masalah untuk dimasukkan ke dalam
sampul surat bersaiz A4. Acer Aspire S5 hanya akan didapati di pasaran
pengguna bermula dari April 2012. Harga Acer Aspire S5 di Malaysia masih
belum di umumkan Acer Malaysia pada saat artikel ni kami tulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)