Wednesday, 25 April 2012
Nintendo 3DS: Game Console paling diminati
Nintendo 3DS masih mendominasi, gajet ini merupakan game console paling popular di Jepun bahkan ia masih kekal mendominasi di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.
Pesaing terdekatnya, Sony Playstation Portable atau
PSP berada di tempat ketiga walaupun Sony baru saja memperkenalkan Ps
Vita, model terbaru game console buatan Sony selepas berhenti
mengeluarkan PsP. Jumlah jualan PSP, PlayStation 3 dan Ps Vita cuma sebanyak 43,105 unit (gabungan ketiga-tiganya).
Laporan terbaru dari Gaming Union menyatakan bahawa sebanyak 72,115 unit Nintendo 3DS terjual hanya pada minggu ini sahaja (antara 8-14 April 2012).
Xbox pula menjadi game console kedua popular di Jepun selepas
Nintendo 3DS, mendapat jumlah jualan sebanyak 3,764 unit sepanjang
minggu yang sama dari tarikh 8 April hingga 14 April 2012.
PlayStation 2 cuma mendapat jumlah jualan sebanyak
1,355 unit dalam tempoh masa serupa. Sony ternyata mengalami kerugian
teruk, maka tidak herannya jika Sony mahu membuang 10,000 pekerja untuk
mengurangkan kos.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































