Tuesday, 17 April 2012

Sejarah Negeri Johor

0 comments


Johor

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.

Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-2 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.

Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kota Tinggi. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

Malaysia Johor

Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera Jepun. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945.

Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya pada tahun 1963, Johor adalah salah satu daripada 14 buah negeri yang menyertai Malaysia.


Sultan Johor

  1. 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I
  2. 1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali/Raja Alauddin)
  3. 1564-1579: Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)
  4. 1579-1580: Sultan Abdul Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil)
  5. 1581-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar)
  6. 1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)
  7. 1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur)
  8. 1623-1677: Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)
  9. 1677-1685: Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)
  10. 1685-1699: Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud)
  11. 1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)
  12. 1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)
  13. 1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau)
  14. 1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
  15. 1761-1762: Sultan Ahmad Riayat Shah
  16. 1762-1812: Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud)
  17. 1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman)
  18. 1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)
  19. 1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)
  20. 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)
  21. 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)
  22. 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
  23. 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
  24. 1981-2010: Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
  25. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar
Sumber: wikipedia 




Leave a Reply

Labels