Thursday 26 April 2012

Sejarah Ping Pong

0 comments

Pengenalan kepada Ping Pong

Permainan ping pong atau ‘table tennis’ adalah satu sukan yang dimainkan oleh dua atau empat orang bermain, dan menggunakan raket (juga dikenali sebagai ‘bats’ atau ‘paddles’) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Permainan ini memerlukan meja khas untuk ping pong dan di tengah-tengah meja perlu diletakkan jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm.

Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun hanya sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke kawasan pihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Sejarah dan Perkembangan Ping Pong

Pada mulanya ping pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.
 
Corak atau bentuk pertama permainan ini didaftarkan oleh Charles Barter pada 1981.
 
James Gibb (pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain) membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang kemudiannya diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.
 
Apabila raket kosong yang disaluti velum diperkenalkan, istilah “pingpong” pun tercipta.
 
Ia diambil daripada bunyi ‘ping’ yang dihasilkan apabila bet bertembung dengan bola, dan bunyi ‘pong’ yang terhasil apabila ia melantun di atas meja. 
 
Pada tahun 1902 seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenlakannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana.
 
Penjual berbangsa British, Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest. 
 
Persatuan Pingpong (The Ping Pong Association) kemudiannya ditubuhkan.
 
Pada tahun 1927, Persekutuan PingPong Antarabangsa (International Table tennis Federation-ITTF) 
 
Permainan ini telah mengalami satu perubahan bersar pada tahun 1950-an dengan kemunculan sandwich atau span terbalik (inverted sponge) iatu satu bahan baru untuk membuat muka pukulan bet.
 
Pada tahun ini juga, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpon dengan corak permainan dan gaya cekak pen (pen holder) yang mementingkan teknik menyerang dan pergerakan kaki yang pantas.
 
Pada tahun 1960-an, negeri China muncul sebagai sebuah negara pingpong yang terhandal. Mereka menguasai dubia pingpong menerusi penggunakan teknik laju dan lebih dekat kepada meja.
 
Pada tahun 1970-an, pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka dalam beberapa pertandingan penting di seluruh negara. 
 
 
 
 

Leave a Reply

Labels