Tuesday, 24 April 2012
0 comments

Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban
 Bukan kita mahu mengubah ciptaan Allah, bukan juga kita mahu menolak ciptaan Allah. Tetapi ini adalah tips melambatkan tumbuhnya uban semata-mata. Jangan fikir uban hanya akan tumbuh pada lewat usia. Dek kerana faktor persekitaran, tekanan,pemakanan dan gaya hidup,ramai orang muda sekarang dah beruban rambutnya.
Ok,berikut ini diselitkan beberapa cara untuk melambatkan tumbuhnya uban. Rajin-rajinlah amalkan. Mungkin akan mengambil sedikit masa, namun insyallah hasilnya pasti memuaskan.
1. Usapkan campuran minyak kelapa dan air asam pada kulit kepala.Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.
2. Ambil secawan teh pekat dan tambahkan satu sudu makan garam. Setelah suam / sejuk,sapu rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, lalu bilas dengan air sejuk tanpa syampu.
3. Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A terdapat banyak dalam sayuran hijau dan buah-buahan berwarna merah dan kuning. Jadi biasakan diri mengambil makanan yang mengandungi sumber tersebut.
4. Selain daripada vitamin A, vitamin B juga berperanan dalam melancarkan pengeluaran minyak untuk menjaga kelembapan dan kesihatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau bijirin, hati, yogurt, pisang dan lain-lain.
5. Mineral yang sesuai untuk rambut adalah zink,zat besi dan tembaga. Bahan ini banyak terdapat pada daging, ayam, sayuran,biji-bijian dan makanan laut.
6. Protien penting untuk menjaga tekstur dan membuatkan rambut tampak sentiasa bersinar.Sumber ini terdapat dengan banyaknya dalam biji-bijian.Jadi,tunggu apa lagi ? Lebihkan biji-bijian dalam menu harian anda.

Leave a Reply

Labels