Segala apa yang engkau pandang, dengar, rasai dan miliki adalah kosong pada hakikatnya. Jika Engkau memeluk apa yang ada di sekelilingmu itu, engkau akan jauh daripada cahaya kasih sayang-Nya. Nafsumu adalah penghalang besar untuk dirimu merasai sentuhan belaian-Nya yang amat lemah lembut.
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
" Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kpada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak; harta benda yang banyak bertimbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia, dan (ingatlah), pada sisi ALLAH ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." [Ali-Imran : 14]


































