Friday 4 May 2012
Chantek: filem melayu
AD, seorang bintang filem yang hidupnya
mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus
terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat
kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu
SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia
yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih
fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan
mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah,
AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya
dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.
Namun hati CHANTEK berubah setelah
terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan
pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD
sebagai bahan latihan filemnya.CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu
dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak
ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan
CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)