Friday 4 May 2012

Game Iphone: Amazing Jump

0 comments






Nampaknya dunia permainan mudah-alih tempatan semakin menarik dari hari ke hari. Selain daripada CIMB yang memperkenalkan permainan iOS untuk Octo Explorer, kini Tomato Animation Sdn Bhd membawakan genre permainan yang lebih kurang sama melalui permainan terbaru mereka, Amazing Jump.


Melaluinya, para pengguna hanya perlu mengawal iPhone atau peranti iOS yang lain dalam mengawal watak permainan tersebut, dan mengelak daripada pelbagai halangan supaya ia dapat capai ke bahagian paling atas dengan mudah.

Permainan Amazing Jump ini ditawarkan secara percuma oleh Tomato Animation Sdn Bhd kepada semua pengguna iOS, dimana boleh dimuat-turun terus daripada App Store. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita berkaitan pembangunannya untuk platform yang lain buat masa ini.

Leave a Reply

Labels