Thursday 3 May 2012
Gaming Laptop dari Samsung: Samsung Series 7 Gamer
Samsung memperkenalkan laptop gaming pertama keluaran mereka di namakan Samsung Series 7 Gamer, sebelum ini Samsung ada mengeluarkan Samsung Series 7 Chronos, laptop multimedia berprestasi tinggi. Jika anda menjangkan Series 7 Gamer
adalah laptop 15 inci, Anda silap kerana ia dipasang skrin 17 inci
berciri HD dengan resolusi maksima 1920×1080 piksel, sistem audio Dolby
Home Teather, cip grafik Nvidia GeForce GTX 675M dan cip Intel Core i7
generasi ketiga (dihasilkan melalui kejuruteraan Ivy Bridge).
Ketika pemilik laptop ini bermain games, cahaya iluminasi akan muncul
dari bawah speaker dan akan berkelip mengikut rentak bunyi untuk
menghidupkan experience tersendiri dalam suasana permainan komputer. Samsung melengkapkan laptop Series 7 Gamer dengan 4 mode berlainan – Gaming Mode, General Mode, Quiet Mode, Power Saver Mode
di mana pengguna boleh menukar-nukar mode sesuai dengan selera.
Keyboardnya memiliki bentuk ergonomik menampilkan kontur berbentuk huruf
U ke dalam untuk tekanan hujung jari lebih tepat berbanding keyboard
jenis scrabble yang banyak digunakan pada kebanyakan laptop terbaru Samsung sekarang ini.
Laptop gaming Samsung Series 7 Gamer dijual pada harga RM5,697 di Malaysia,
harganya diperingkat global adalah $1,899.99 Dolar Amerika. Kami jangka
ia akan jadi pesaing terhebat untuk laptop gaming berjenama hebat
seperti Razer Blade, Alienware atau Toshiba Qosmio. Spesifikasi detail komponen Samsung Series 7 Gamer di sediakan di laman Samsung USA, Anda boleh klik pada link sumber berita kami di bawah untuk membacanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)