Friday 4 May 2012
Grand Touch Aston Martin
Pengeluar telefon bimbit Mobiado telah pun mula menjual Grand Touch
Aston Martin. Telefon pintar Android ini merupakan peranti kedua
dikeluarkan oleh syarikat yang berasal dari Kanada ini untuk Aston
Martin. Grand Touch sebelum ini, pertama kali dipertontonkan Ogos tahun
lepas.
Grand Touch diperkasakan dengan pemproses 1GHz Cortex A8 satu teras,
kamera 5 Megaixel serta skrin sesentuh SLCD 4″ dengan resolusi 480 x 800
pixel. Ia mempunyai muatan dalaman terbina sebanyak 16 Gigabyte dan RAM
sebanyak 512 Megabyte. Dari segi spesifikasi Grand Touch jauh
ketinggalan dengan apa yang terjual dipasaran sekarang.
Keunikan peranti ini terletak pada bahan binaan dan
kemasannya. Terdapat lima pilihan rekaan yang boleh dipilih dan anda
boleh memilih sama ada mahu Grand Touch versi aluminium atau emas serta
kemasan ibu mutiara. Panel baterinya pula diukir dari kristal nilam.
Pihak Mobiado tidak memberikan sebarang harga saranan. Ini bermakna
lebih baik anda membeli peranti yang ada dijual di Low Yat daripada
membazir membeli peranti berjenama tetapi mahal dan sampah ini. Mengapakah ianya sampah? Kerana Grand Touch sebenarnya sebuah Samsung Google Nexus S!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)