Wednesday 23 May 2012

GUSI BERDARAH

0 comments



GUSI BERDARAH

Gusi berdarah akan berlaku kepada kanak-kanak yang menggosok gigi dengan cara yang tidak betul ataupun dengan menggunakan berus gigi yang terlalu keras. Ramai kanak-kanak menghidap masalah ini. Sebab-sebab lain termasuklah jangkitan gusi, sakit gigi, penyakit darah seperti hemofilia dan luekimia.

Tanda-Tanda
·Gusi Berdarah.
·Gusi bengkak dan merah.

Tindakan Ibubapa
·Beri anak berus gigi yang lembut.
·Ajar anak cara menggosok gigi yang betul, iaitu dari atas ke bawah untuk gigi atas dan dari bawah ke atas untuk gigi bawah.
·Periksa gigi dan gusi anak.
·Periksa kulit anak untuk memastikan tiada atau adanya pendarahan di dalam kulit seperti lebam-lebam.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·Gusi anak berdarah berterusan.
·Gusi anak bengkak dan merah.
·Nafas anak berbau.
·Anak sering demam.
·Pendarahan di kulit anak, kerap lebam di kulit atau pendarahan dari rongga-rongga lain.
·Memerlukan siasatan untuk menentukan sebab pendarahan selain daripada yang ada di dalam mulut anak.

Leave a Reply

Labels