Friday 4 May 2012

Heroes of Might and Magic 6

0 comments



Adakah anda menggemari permainan komputer bergenre akan strategi di alam fantasi dan magik? Bagi penggemar permainan seperti ini, pada bulan Oktober yang lepas. syarikat pembangun permainan terkemuka, Ubisoft telah pun memasarkan permainan komputer dengan genre tersebut, iaitu Heroes of Might and Magic 6.

Jalan Cerita

Heroes of Might and Magic 6 merupakan prekuel kepada permainan Heroes of Might and Magic 5. Dalam permainan ini, Duke Slava mati dibunuh oleh salah seorang daripada 5 anaknya sendiri. Selepas kematian Duke Slava, 5 anak Duke Slava terpisah dan mengikut hala tuju masing-masing. Mereka mempunyai personality dan jalan cerita yang berbeza. Justeru itu selepas Tutorial yang disediakan pada permainan tersebut, anda boleh memilih untuk bermain sebagai salah seorang daripada 5 anak Duke Slava ini dalam pengembaraan watak tersebut menjelajahi dunia fantasi ini.

Corak Permainan

Heroes of Might and Magic merupakan permainan komputer bergenre strategi mengikut giliran. Permainan ini dimainkan dengan menggerakkan watak-watak dari kerajaan pilihan anda bermula dari titik permulaan ke penamat sambil menunaikan objektif-objektif dan misi-misi tertentu di setiap pusingan. Di dalam perjalanan watak-watak ini, anda boleh merekrut askar yang terdiri daripada pebagai watak fantasi dan magik, menawan dan membangunkan kota, bertempur dengan musuh dan mengikuti jalan cerita yang menarik.

Permainan ini dimainkan secara berperingkat. Di setiap peringkat, pemain boleh menggerakkan watak-watak mereka secara bebas, namun setiap watak hanya mempunyai had perjalanan yang tertentu. Apabila telah selesai menggerakkan watak-watak pilihan, pemain perlu menamatkan giliran dan menunggu pihak lawan membuat aktiviti mereka. Apabila watak pemain bertembung dengan watak musuh, permainan akan bertukar kepada fasa pertempuran, di mana pemain boleh menggerakkan askar-askar mereka untuk bertempur seperti permainan catur yang interaktif.

Leave a Reply

Labels