Tuesday 22 May 2012

HUKUM MENGAZAN DAN IQAMAH BAYI BARU LAHIR

0 comments



Berdasarkan kesepakatan para ulama, bahawa mengumandangkan azan dan iqamah pada saat bayi 
terlahir ke dunia hukumnya adalah sunat.

Dalam Al-Fiqh al-Islam wa Adillatuhu, juz I, hal 61 dinyatakan bahwa azan juga 
disunnahkan.Di antaranya adalah azan di telinga anak yang baru dilahirkan. Seperti halnya sunat untuk melakukan iqamah di telinga kirinya.

Dasar dari kesunnahan azan dan iqamah saat bayi lahir dapat diketahui 
dari sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abi Rafi’ :

عَنْ أبِي رَافِعٍ أنَّهُ قَالَ, رَأيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أذَّنَ فِيْ أذُنِ الحُسَيْنِ حِيْنَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلاَةِ --سنن أبي داود

Dari Ubaidillah bin Abi Rafi’ 
ia berkata: Aku melihat Rasulullah SAW mengumandangkan Azan di telinga Husain 
ketika siti fatimah melahirkannya. (Yakni) dengan Azan solat. (HR Abi Dawud).

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).
(Riwayat al-Baihaqi).

Cara mengumandangkan Azan dan Iqamah saat bayi lahir 
adalah dengan mengumandangkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi tersebut.

Para ulama telah mengamalkan hal tersebut tanpa seorangpun mengingkarinya.

Sayyid Alawi menyatakan, perbuatan itu adalah untuk mengusir syaitan dari anak yang baru lahir. 
Kerana syaitan akan lari ketika mereka mendengar azan sebagai mana yang keterangan yang ada dalam hadits.

♥Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini. 

♥Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan. 

♥Azan dan Iqamah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak. 

Leave a Reply

Labels