
Sunday, 20 May 2012
Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop
Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak
kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah
batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi
pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang
disemai bersama. Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau
tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di
sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya
menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat
indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran
Aquarius- Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan
ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia
sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada
seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu. Lelaki yang
paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan
adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau
kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita
meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Aries -Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara
semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang
lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan
tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan
musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan
pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Taurus -Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan
sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat
terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda
keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi
penjelasan kepadanya.
Gemini- Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai
satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu,
dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin
melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah
memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang
berbanding dengan lelaki Zodiak lain
Cancer -Secara kebetulan lelaki cancer terbalik
dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah
selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai
perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat
hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan
kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan
dunia ini.
Leo -Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah.
Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan
menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya
telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan
mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Virgo -Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan.
Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang
luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini.
Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar
dengan kekasih kerana cemburu.
Libra -Lelaki Libra mementingkan imejnya yang
bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia
rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin
menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan
menjejaskan hubungan mereka.
Scorpio -Semakin mendalam cinta terhadap kekasih
semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio.
Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya
juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang
kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Sagitarius -Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu.
Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya
cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui
hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia
akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Capricorn -Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang
pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia
berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan
mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di
tempat kerja.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)