Tuesday 22 May 2012

KEJADIAN MANUSIA #2

0 comments



PERINGKAT KEDUA


ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Allah swt mengubah nutfah menjadi alaqah.



Firman Allah yang bermaksud



" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" al-Mukminun : 14



Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :



1) sesuatu yang bergantung atau melekat
2) pacat atau lintah
3) suatu buku atau ketulan darah


Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.



PERINGKAT KETIGA



MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14



Firman Allah yang bermaksud :-



"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"



al-Mukminun : 14



Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. 



Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

Leave a Reply

Labels