Wednesday 23 May 2012

KEKURANGAN G6PD

0 comments



ADAKAH KEKURANGAN G6PD BOLEH DIRAWAT?

G6PD adalah penyakit warisan maka ianya kekal seumur hidup. Tidak ada sebarang rawatan khas. Walaubagaimanapun, sekiranya penghidap mengambil langkah berjaga-jaga mereka berpeluang hidup dengan normal. Penghidap perlu mengelakkan perkara-perkara di bawah:

a. Ubatan dan herba China seperti Rhizoma Coptidis (huang lien), Calculus Bovis (neu huang), Flos Chimonanthi Praecocis (lei mei hua), Flos Lonicerea (kam ngan fa) dan Margarita.

b. Ubatan seperti sesetengah Antipyretics dan Antibiotik (Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Sulfamethoxazole, Trimethoprim), Antimalaria (Primaquine) dan Antispamodic (Phenazopyridine). dapatkan nasihat doktor berdaftar dan maklumkan maklumkan jururawat atau kakitangan perubatan sebelum mengambil sebarang ubat.

c. Kacang parang dan produk-produk berasaskannya.

d. Pendedahan terhadap ubat gegat (Naphthalene) dan produk-produk yang mengandungi Naphthalene

Leave a Reply

Labels