Senyum manis di bibirmu
Manis gayamu terpedaya
Semua yang menghampirinya
Caramu yang menggoda
Bisa buat aku menggila
Berdebar jantungku pabila
Melihat aksi gaya manjamu
Dengan kata-kata cinta dusta belaka
Timur tempat asalnya
Barat jadi cara hidupnya
Berjaga dari seumpamanya
Manis tutur hanya permainannya
Berbeza dari caramu
Ku tak perlu aksi JLo mu
Dan tak perlu tawa Britney mu
Dengar kataku
Tidak ku mahu menjadi boneka kamu
Berdebar jantungku pabila
Lihat aksi gaya manjamu
Sikap egomu kuasai diri
Tassamaqu
Tak mahu tunduk di telunjukmu
Sayonara oh matane
Selamat jalan ku ucapkan
Ku lelaki punya harga diri ohh…