Wednesday 23 May 2012

MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS KELAHIRAN

0 comments



MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BAYI

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.
Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. 

Antara doanya ialah:

“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya

Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan

“ Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.

Leave a Reply

Labels