Friday 4 May 2012
Motorola Atrix 2: Hanya RM1,399
Setelah diumumkan secara rasmi pada Oktober tahun lepas,
akhirnya, Motorola Mobility Malaysia telah pun mengumumkan
dan melancarkan peranti Android terbaru mereka, iaitu Motorola Atrix 2
untuk pasaran tempatan, dan akan dijual pada harga bermula RM1,399, dan
disertakan bersama-sama dengan sebanyak 10 permainan secara percuma.
Melalui Atrix 2, ia dijana menggunakan Android 2.3.5 Gingerbread, cip
pemprosesan dwi-teras 1GHz, sokongan grafik Advanced 3D Graphics
Acceleration, dan juga storan terbina sebanyak 8GB, dengan memori 1GB
Dual Channel RAM. Peranti ini dioptimasikan sepenuhnya untuk memainkan
permainan dengan grafik yang menarik, dan mungkin ianya salah satu sebab
mengapa Motorola menyertakan sebanyak 10 permainan bersama-sama
dengannya secara percuma. Dari segi skrin pula, ia membawakan skrin
bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 960×540.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini daripada
pengedar seluruh negara pada harga RM1,399. Buat masa ini, tiada
sebarang syarikat telekomunikasi tempatan yang menawarkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)