Friday 4 May 2012
Nokia N9 ber"android" ICS
Nokia N9 dengan MeeGo merupakan salah satu peranti daripada
Nokia yang diminati ramai, dengan rekabentuk yang menarik dan juga
sistem operasi yang amat mesra skrin sentuh. Dan kini, mungkin para
pengguna Nokia N9 akan lebih gembira dengan sokongan Android ICS diperlihatkan padanya.
Buat masa ini, sokongan Android Ice Cream Sandwich pada Nokia N9
disediakan dalam bentuk Alpha, dan mempunyai pelbagai perkara yang masih
tidak selesai sepenuhnya. Namun, ia memperlihatkan yang mana Android
mampu beroperasi tanpa sebarang masalah padanya.
Melalui versi Alpha yang disediakan, para pengguna Nokia N9 boleh menggunakannya dalam bentuk dual-boot tanpa perlu memadamkan sistem Meego. Fungsi penuhnya yang masih belum disokong masih tidak diketahui buat masa ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)