Wednesday 23 May 2012

PANDUAN MENGGUNAKAN PAM MEMERAH SUSU BADAN

0 comments



PANDUAN MENGUNAKAN PAM UNTUK MEMERAH SUSU BADAN

a) Pastikan Keselesaan
~✿Anda perlu berada di dalam keadaan yang tenang,
~✿Pastikan tangan dicuci bersih, 
~✿Gunakan bekas simpanan susu perahan yang bersih, 
~✿Lakukan urutan pada payu dara atau tuam untuk melancarkan aliran. 
~✿Posisi anda juga perlu betul.Pastikan badan tegak dan corong pam diletakkan pada paras dada, 
~✿Pegang dengan baik supaya ia terletak dan melekap betul pada payu dara. 
~✿Keselesaan adalah paling penting! Jika tidak selesa, ada yang tidak kena. 
~✿Jika susu meleleh daripada corong, betulkan posisi anda.
~✿Kini terdapat corong khas yang dipanggil angled breastshield seperti Pumping Pal Supershields yang membolehkan anda mengepam dalam keadaan menyandar dan tidak perlu berada dalam keadaan tegak sentiasa.
~✿Apabila menggunakan pam elektrik, mulakan dengan sedutan perlahan kemudian naikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap keselesaan. 
~✿Elakkan daripada menggunakan tahap sedutan maksima kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada puting dan payu dara. Tambahan lagi, tahap sedutan maksima TIDAK mengepam lebih banyak susu.

b) Periksa Saiz Corong

~✿Periksa saiz corong yang anda gunakan kerana ia amat penting untuk memastikan keselesaan dan keberkesanan sesi mengepam.
~✿Apabila mengepam, anda tidak perlu terlalu lama kerana ini akan menyebabkan puting membengkak dan menyebabkan ketidakselesaan. 
~✿Tempoh 15 hingga 20 minit adalah memadai. 
~✿Jika anda menggunakan pam berganda waktunya lebih singkat.
~✿Untuk mengekalkan penghasilan susu, pastikan kekerapan penyusuan terus daripada payu dara bila bersama bayi dan hanya mengepam bila berpisah dengan bayi.Payu dara perlu dirangsang sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari.
 

Leave a Reply

Labels