Wednesday 23 May 2012

PENYUSUAN DI TEMPAT UMUM

0 comments



PENYUSUAN DI TEMPAT UMUM

Walaupun anda berasa malu untuk menyusukan bayi anda di hadapan orang lain, ini telah menjadi satu perkara yang biasa di kawasan bandar di Malaysia. Di samping itu, anda tidak boleh sentiasa pulang ke rumah anda setiap kali bayi anda perlu menyusu.

Sesetengah baju direka khas untuk membolehkan anda menyusukan bayi anda dengan baik. 

Elakkan baju yang menggunakan butang sebab ia akan membuatkan anda berasa sangat terdedah – baju yang boleh meregang adalah lebih baik. 

Letakkan sehelai skarf, selendang atau kain selimut yang nipis pada bahu dan dada anda semasa bayi anda menyusu supaya anda tidak berasa malu di tempat umum (pastikan anak anda boleh bernafas dengan baik).

Kebanyakan pusat membeli-belah utama, atau yang dibina atau diubah suai dalam masa lima tahun yang lepas mempunyai bilik persalinan bayi, di mana anda boleh duduk dan menyusukan bayi anda dengan selesa dengan kehadiran ibu lain. 

Jika anda tidak mempunyai akses kepada kemudahan seperti itu, kebanyakan tempat akan menyediakan tempat untuk ibu yang menyusu dan bayi yang kelaparan. Mintalah sebuah bilik atau satu sudut apabila anda mahu menyusukan bayi anda. Lambat-laun, apabila anda sudah biasa dengan penyusuan, anda tidak akan malu untuk menyusukan bayi anda di tempat umum.

Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu mempertimbangkan fakta yang mana cara hidup orang Malaysia boleh mewujudkan beberapa cabaran untuk menyusukan bayi di tempat umum. Sebagai contoh, jika anda berada di medan selera atau gerai mamak yang buka 24 jam (jangankan kemudahan untuk ibu dan bayi, bilik air yang bersih pun sukar untuk dicari!), jadi lebih baik anda menyusukan bayi anda sebentar di dalam kereta (kunci pintu dan hidupkan enjin supaya penghawa dingin boleh dipasang). 

Leave a Reply

Labels