Tuesday 22 May 2012

PLASENTA PRAEVIA

0 comments



APAKAH PLASENTA PRAEVIA & APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Plasenta praevia adalah kedudukan plasenta terlalu rendah sehingga menutup sebahagian atau keseluruhan permukaan serviks (bukaan vagina ke rahim). 

Tanda-tanda plasenta praevia adalah anda megalami pendarahan vagina yang tidak menyakitkan semasa penggal ketiga kandungan dan kedudukan bayi yang songsang. 
Sekiranya anda mengalami plasenta praevia anda perlu mengelakkan dari kerja-kerja berat dan banyakkan berehat. Sekiranya anda mengalami pendarahan, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk memudahkan doktor memantau keadaan anda.
Sekiranya terlalu banyak pendarahan sebelum tarikh anda dijangka bersalin, anda mungkin perlu bersalin awal melalui pembedahan.
 

Leave a Reply

Labels