Friday 4 May 2012
Rihanna Cari Lelaki Berbau Wangi
LONDON: Jika kebanyakan wanita lebih teruja mencari lelaki
kacak, penyanyi Rihanna pula mendedahkan dia mencari seorang lelaki yang
mempunyai bau badan yang menyenangkan.
“Kalau anda mempunyai wajah yang kacak, belum tentu saya akan
terpikat tetapi jika anda mempunyai bau yang harum, saya pasti tertawan.
“Lelaki-lelaki yang keluar dengan saya tidak boleh berlalu pergi selagi saya belum mengenalpasti wangian yang mereka pakai.
“Saya mahu mereka yang mempunyai bauan yang menyenangkan seperti
apabila mereka bangun, anda tahu itu adalah bau mereka,” katanya seperti
dipetik Daily Star.
Penyanyi kelahiran Barbados itu turut mengakui dia mahu menambahkan berat badannya.
“Saya tidak bimbang dengan pengambilan makanan kerana saya mahu menambahkan berat badan,” katanya.
-mStar Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)