Friday 4 May 2012

Shank 2 akan ke PC, PS3 dan Xbox 360

0 comments



Sebelum ini, salah satu permainan yang ditawarkan melalui Humble Indie Bundle 4 adalah permainan Shank daripada Klei Entertainment. Dan dengan daripada pelbagai maklumbalas yang didapatkan oleh mereka daripada para pemain seluruh dunia, kini mereka telah pun memulakan pembangunan permainan generasi kedua untuk Shank.

Melalui video baru yang dipaparkan oleh studio berkenaan, ia memperlihatkan yang mana permainan baru Shank 2 kelak akan membawakan kaedah perlawanan yang lebih menarik, dengan beberapa ciri-ciri unik dan istimewa.

Buat masa ini, tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui, tetapi bakal diperkenalkan pada tahun ini, dan ditawarkan bukan sahaja pada PC, tetapi juga pada PS3 dan juga Xbox 360. Sebelum ini, melalui Humble Indie Bumble, permainan Shank telah terjual lebih 400,000 salinan dalam jangka masa kurang 14 hari.

Leave a Reply

Labels