"Kibutsats adalah salah satu sistem tarbiah Israel, yang hakikatnya perlu kita perhatikan" Ujar Dr Ala Hilat.
Kibutsats adalah bandar-bandar yang dibangunkan di sekitar sempadan Israel. Terdapat banyak kibutsats. Kibutsats akan dibangunkan apabila cukup 100 orang lelaki, yang semuanya adalah tentera, bersama keluarga mereka. Mereka akan membina perkampungan di sempadan Israel.
Di sini saya kongsikan apa yang saya dengar berkenaan kibutsats.
Kibutsats hakikatnya adalah satu sistem pembinaan masyarakatyang sangat sistematik. Semua orang di dalam kibutsats terikat dengan peraturan yang agak ketat. Tetapi semuanya hidup mentaati peraturan itu.
Mereka mempunyai jadual harian. Di dalam kibutsats, terdapat dewan makan yang sangat besar. Semua keluarga di dalam kibutsats tidak akan makan di rumah, tetapi mereka makan bersama di dalam dewan besar itu. Para wanita akan memasak bersama dan semua lelaki akan makan bersama.
Ada waktu untuk makan, ada waktu pula untuk bekerja. Semua orang akan keluar bekerja yang mana, tempat-tempat bekerja mereka juga adalah milik mereka. Contohnya ladang, itu hakikatnya adalah ladang mereka. Kilang yang ada, mereka juga yang bina. Mereka bekerja menjalankan apa yang ada dan sedikit demi sedikit meningkatkan semuanya.
Kibutsats tidak terhenti dengan kehidupan makan dan bekerja sahaja. Terdapat juga jadual riadah dan latihan ketenteraan bagi semua. Sebaik sahaja kerja tamat, mereka akan bersama menjalani latihan ketenteraan. Semua turut terlibat. Baik anak kecil mahupun yang tua. Terbahagi kepada peringkat masing-masing.
Di dalam kibutsats ada nurseri dan sekolah. Semua anak kibutsats akan dihantar ke nurseri dan sekolah di dalam kibutsats itu juga. Mereka tidak akan dihantar keluar. Guru-guru di dalam nurseri dan sekolah itu juga adalah daripada komuniti kibutsats.
Sistem pendidikan kibutsats amat unik. Mereka mempunyai silibus tersendiri, disusun dan direka untuk memenuhi hajat mereka yang ingin menawan dunia. Mereka tidak memandang pelajaran mereka sebagai wadah untuk anak-anak mendapat sijil, atau untuk kerajaan mendapat untung, atau untuk pejabat-pejabat mendapat pekerja.
Mereka menggunakan sistem pendidikan mereka untuk membina ideologi dan membentuk pemikiran anak-anak mereka. Saya berikan satu contoh mudah. Mata pelajaran Matematik. Di Malaysia, silibus kita biasanya hanya melibatkan kenderaan, buah-buahan dan makanan.
Contohnya: Ahmad ada 10 biji epal. Ahmad ada empat orang kawan. Semuanya mahu makan epal. Maka Ahmad membahagikan 10 biji epal tadi kepada dirinya dan empat orang kawan secara sama rata. Maka berapa biji epalkah yang akan dapat dimakan oleh setiap seorang termasuk Ahmad?
Itu contoh soalan Matematik di Malaysia.
Di Kibutsats Israel, mereka belajar Matematik juga. Tetapi isi Matematik mereka membawa kepada apa yang mereka mahu.
Contohnya: Yyvon mengetuai satu peperangan terhadap 10 daerah orang Arab. Yyvon mengetuai lima platun tentera termasuk platunnya sendiri. Maka, Yyvon membahagikan serangannya terhadap 10 daerah orang Arab tadi kepada semua platunnya secara sama rata. Maka, berapa daerah orang Arabkah yang perlu dimusnahkan oleh semua platun termasuk platun Yyvon?
Itu contoh pengajian di kibutsats.
Lihatlah bagaimana mereka membangunkan pemikiran pemuda-pemuda mereka. Silibus sebegini, digunakan sedari nurseri lagi. Ini dikuatkan lagi dengan latihan ketenteraan yang wujud di dalam kibutsats sehari-hari. Betapa bersungguhnya mereka membina anak-anak mereka. Kemudian mereka amat menjaga pemuda-pemuda mereka.Jika ada anak-anak muda ingin keluar ke mana-mana daerah di dalam Israel, kerana cuti contohnya, maka dia wajib memaklumkan kepada ketua kibutsats.
Kemudian, ketua kibutsats akan memberikan panduan: "Sekiranya kamu hendak ke Tel Aviv, kamu pergi naik bas sekian, berhenti di stesen bas sekian, kemudian kamu bergerak menuju rumah sekian dan bertemu orang sekian. Di sana semuanya telah tersedia untuk kamu. Makanan, duit dan sebagainya." Begitu sekali. Malah, pemuda-pemuda yang ingin keluar tadi akan diberikan wang pula. Sistem di Kibutsats adalah begitu.
Tujuannya adalah satu. Untuk membina diri mereka dan masyarakat mereka agar terus kuat dan kebal. Agar yang membangun dan yang mantap hanyalah mereka.
Itulah dia sebahagian cerita Dr 'Ala kepada kami. Beliau amat arif berkenaan Israel dan Yahudi. Kata Dr 'Ala,
"Kita lihat hari ini orang Islam berdoa supayaAllah menghancurkan Israel, memusnahkan tentera-tentera mereka dan menurunkan bantuan kepada kita. Tetapi, ingatlah semua bahawa, doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna."
Doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna. Itu pesanannya yang paling penting buat saya. Ya, kita orang Islam sering berdoa. Lebih-lebih lagi apabila Palestin diserang, berapi kita berkhutbah, berqunut dan solat hajat. Malangnya kita sendiri tidak membina diri kita, tidak membina keluarga kita, tidak membina masyarakat kita, tidak membina negara kita.
Israel, mereka membina diri mereka ke arah matlamat besar mereka, mereka bina sekali keluarga mereka, masyarakat mereka, negara mereka.
Mereka juga menjalani proses tarbiah. Proses tarbiah jahiliyyahyang sistematik. Mereka benar-benar menterjemahkan kebencian mereka kepada kita dalam bentuk amalan.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad)sehingga engkau menurut (millah) agama mereka (yang telah terpesong itu) " (Al-Baqarah 2: 120)
Ada di kalangan kita yang dikurniakan Allah nikmat fikrah Islam, tetapi tidak menghargainya. Bersekolah di sekolah agama, tetapi tidak mengambil kelebihan daripadanya. Kita tidak jalani proses tarbiah Islamiyah dengan berdisiplin. Kita malas. Kita kuat main. Kita sering berfoya-foya membazir masa.
Maka apakah pertolongan Allah akan sampai kepadakita?
Penduduk kibutsats adalah manusia yang tidak beriman kepada Allah. Malah mereka hendak menghapuskan agama Allah dan orang yang menganutinya. Bagaimanapun, mereka sistematik dalam mencapai apayang mereka mahu. Mereka bersungguh-sungguh. Mereka ada kebersamaan. Mereka ada perancangan yang mantap. Mereka mengadun pengajian mereka, kultur mereka agar menyokong apa yang mereka bawa, apa yang mereka kejar.
Kita adalah manusia yang beriman kepada Allah . Yakin dengan janji-janji-Nya, percaya dengan ketentuan-Nya. Tetapi kenapa kita begini hodoh? Tidak sistematik? Tidak bersatu? Tidak ada perancangan? Tidak berani pun membangunkan kehidupandan pendidikan kita dengan adunan Allah . Kenapa?
Di sinilah kita perlu duduk bermuhasabah semula. Diri kitakah yang hendak menaikkan Islam? Apa kata kita cermin diri, dan perbaiki semula hati. Sesungguhnya, kitalah yang menzalimi diri.
Palestin teraniaya bukan di tangan Israel hakikatnya, tetapi di tangan kita yang meninggalkannya.