Wednesday 23 May 2012

TIP AJAR ANAK MENABUNG

0 comments



TIP AJAR ANAK MENABUNG UNTUK REALISASIKAN IMPIAN

Pepatah Melayu mengatakan “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.” Pembentukan nilai positif dalam pengurusan wang seharusnya diterapkan daripada kanak-kanak lagi.

Bagaimana nak menggalakkan anak untuk menabung? 

Prinsip yang bakal menggalakkan lagi kanak-kanak menabung ialah merealisasikan impian. Impian atau matlamat yang terlaksana akan mendorong kanak-kanak lebih galak menabung. Ini kerana mereka dapat melihat bahawa usaha tabungan mereka bukanlah sia-sia, tetapi sesuatu yang mendatangkan hasil. 

Bantu mereka senaraikan impian mereka;

1.Tulis setiap impian mereka berserta corak, warna, gambar dan pamerkan di tempat yang selalu mereka lihat.
2.Senaraikan anggaran kos untuk setiap satu impian mereka.
3.Sediakan anggaran masa dan tarikh bakal tertunainya impian tersebut.
4.Senaraikan jumlah yang perlu disimpan setiap hari.
5.Sediakan jadual dan buku log untuk ditanda setiap kali mereka menabung.
6.Tiba waktunya, raikan usaha mereka dengan menunaikan impian mereka. 


"Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan mereka juga mengamalkan usaha menabung. Beri galakan kepada anak-anak dengan membeli tabung, selain tunjukkan akaun simpanan yang anda buka untuk mereka. Ambil masa untuk terangkan duit dalam akaun berkenaan diperoleh sempena kelahiran mereka atau sempena hari jadinya. Beritahu juga tabungan amat mustahak sebagai bekalan pendidikan mereka di masa depan.
"- Puteri Afroze Ahmed Kamil, Perunding Kewangan.

Anak-anak kini harus dibiasakan dengan budaya kewangan yang positif, salah satunya ialah menabung. Kelak, ini akan membentuk tabiat positif dalam pengurusan kewangan bila mereka dewasa. Semoga mereka berjaya menguruskan wang mereka. All the best..

Leave a Reply

Labels