Wednesday 23 May 2012

TIP MEMILIH BAJU MENGANDUNG

0 comments



TIP MEMILIH BAJU MENGANDUNG

Biasanya baju mengandung tak perlu dibeli sewaktu diawal kehamilan (masa kandungan bawah 5 bulan) sebab masa ni perut tak besar lagi.

♥Seeloknya pilih baju yang dibuat dari kain kapas. Semasa mengandung badan mudah terasa panas. Ditambah pula dengan cuaca negara kita yang sememangnya panas. Jadi seeloknya anda pilih baju yang mudah menyerap peluh untuk keselesaan.

♥Kebanyakan fesyen baju sekarang ni jenis yang besar dibahagian perut. Ini adalah satu kelebihan kerana selepas habis tempoh mengandung nanti anda masih boleh memakai baju yang sama. Cuma mungkin fesyen ni bertahan beberapa tahun saja. Almaklumlah fesyen baju sentiasa berubah-ubah. Tapi apa salahnya, esok-esok bila anda hamil lagi, boleh pakai baju yang sama balik.

♥Pilih baju yang longgar kerana perut anda akan makin membesar nanti. Elakkan dari memilih baju yang ngam-ngam je boleh pakai waktu beli tu.

♥Untuk seluar, seeloknya pilih seluar yang berwarna gelap untuk mudah dipadankan dengan mana-mana baju

♥Juga, untuk seluar elakkan dari memilih seluar yang ketat dan menekan dibahagian perut. Cuba dapatkan seluar yang bahagian pinggangnya boleh diubah sama ada untuk ketat atau untuk dilonggarkan

Leave a Reply

Labels