Wednesday 23 May 2012

TIP MENYUSU BADAN PADA BULAN RAMADHAN

0 comments



TIP MENYUSU BADAN PADA BULAN PUASA

Puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. 
Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. 
Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
-Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
-Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
-Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
-Terasa loya dan ingin muntah.
-Rasa menggigil.
-Berasa lemah dan sakit otot.
-Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
-Pergerakan bayi yang tidak normal.
-Berlakunya kontraksi.
Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan. 

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

-Banyakkan pengambilan cecair.
-Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
-Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
-Mengambil vitamin C.
-Berehat secukupnya

Leave a Reply

Labels