Wednesday 23 May 2012

TIPS DIDIK ANAK BERKAWAN

0 comments



TIP DIDIK ANAK BERKAWAN

`•.¸¸.ஐ Untuk berkawan, anda perlu ajar anak anda untuk bersikap mudah mesra dengan semua orang. 

`•.¸¸.ஐ Ajar dia untuk tegur sesiapa sahaja yang dia ingin berkawan. Ucapkan salam setiap hari pada orang yang sama akan menjadikan anak anda dan kawannya lebih mesra. 

`•.¸¸.ஐAjar dia tiga teknik asas untuk berkawan iaitu bertanya khabar, puji kebaikan kawan dan jemput dia untuk bersembang.

`•.¸¸.ஐDidik juga anak anda untuk bersikap tolenrasi dengan rakan – rakan mereka. Di dunia ini terdapat bermacam ragam manusia. Setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Ajar anak anda untuk jaga hati kawan dan bersikap setia kawan.

`•.¸¸.ஐJangan bergaduh tetapi sentiasa cari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.

`•.¸¸.ஐBagi anak – anak kecil, situasi ejek mengejek pasti akan berlaku. Untuk elakkan masalah ini menganggu fikiran anak anda, anda ajar dia cara untuk menyerap tekanan tersebut iaitu dengan sabar, tabah dan kemudian senyum. 

`•.¸¸.ஐAnda ajar dia sifat bersyukur iaitu Allah jadikan setiap manusia berbeza – beza dan setiap ciptaan-Nya adalah terbaik. Apabila dia di ejek, anda suruh dia ucap Alhamdulillah dan senyum.

`•.¸¸.ஐTiada guna untuk melawan ejekan kerana ia adalah hasutan syaitan. 

`•.¸¸.ஐSelain itu, anda ajar juga anak anda untuk tidak menghina rakan – rakannya. Sebalikanya ajar dia untuk berkawan secara sihat dan sentiasa memberi sokongan pada rakan – rakannya.

Leave a Reply

Labels