Tuesday, 8 May 2012

WASIAT SYEIKH ABDUL QADER AL-JILANI

0 comments



✿ܓ♥ Wahai kaumku,

Muliakanlah kitab ALLAH dan beradablah dgnnya. Dia adaLah perantaraan antara kamu dan ALLAH swt. Janganlah kamu menjadikan kitab-Nya sebagai makhLuk.

ALLAH berfirman: "IniLah Firman-Ku" kamu sekeLian mengatakan: "Tidak".

Barangsiapa yg menoLak terhadap ALLAH dan menjadikan Al-Quran sebagai makhLuk maka dia teLah kafir kpd ALLAH dan Al-Quran ini berLepas diri drpnya.

Al-Quran yg dibaca ini, yg didengar ini, yg diLihat ini, yg tertulis di dlm Mus'haf ini adalah firman ALLAH Subhanahu wa TaaLa.

Imam Asy-Syafi'e ra dan Imam Ahmad ra berkata: "Pena itu makhLuk sedang yg tertuLis di daLamnya itu bukan makhLuk dan hati itu makhLuk sedangkan yg dihafaL di daLamnya (Al-Quran yg dihafal) adaLah bukan makhLuk".

Wahai kaumku, nasihatiLah Al-Quran dgn mengamalkannya, bukan mendebatkannya. Iktiqad adaLah kata2 yg mudah dan amaL adalah banyak. HendakLah kamu beriman kepadanya, benarkanLah dgn hatimu dan amalkanLah dgn anggota badanmu.

SibukkanLah dgn sesuatu yg berguna bagimu janganLah kamu berpaLing kpd aqaL yg kurang dan rendah. ✿ܓ♥

Daripada Ibn Mas'ud r.a berkata, bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Tidak akan ditimpa rasa duka dan sedih orang yang membaca doa....

" Ya ALLAH, sesungguhnya aku adaLah hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu yang leLaki dan anak kepada hamba-Mu yang perempuan. Nasibku ada di tangan-Mu. TetapkanLah hukuman-Mu padaku. BerikanLah keadiLan dalam ketetapan-Mu padaku. Aku memohon dengan segaLa nama yang Engkau namakan untuk diri-Mu dan yang Engkau turunkan daLam Kitab-Mu atau yang Engkau ajarkan pada seseorang di kaLangan makhLuk-Mu atau yang Engkau catatkan dalam perkara ghaib di sisi-Mu, jadikanLah aL-Quran sebahagian daripada Hatiku, Cahaya di dadaku, Penceria bagi kedukaanku dan PenghiLang kesedihanku." ✿ܓ♥

Leave a Reply

Labels