Thursday, 21 June 2012

Bahaya di Tempat Kerja Semasa Hamil

0 comments

 

Melakukan kerja fizikal semasa mengandung

Anda mungkin mempunyai kerja yang memerlukan anda untuk melakukan tenaga fizikal. Walaupun kerja-kerja fizikal ini mungkin tidak berbahaya untuk anda lakukan sebelum anda mengandung, sesetengah pergerakan fizikal mungkin akan berbahaya kepada anda sekarang. Ini kerana, kehamilan akan memberikan kesan kepada otot, ligamen dan operasi tendon. Ia juga mempunyai kesan langsung kepada perjalanan darah dan postur badan anda. Maknanya, sesetengah pergerakan fizikal boleh meningkatkan peluang untuk komplikasi di bawah:

  • perkembangan masalah peredaran termasuk urat varicose atau darah beku.
  • perkembangan masalah sakit tulang belakang bawah yang teruk
  • perkembangan sindrom carpal tunnel
  • terjatuh (dimana ia boleh menyebabkan kelahiran awal atau keguguran)

Semasa mengandung, adalah digalakkan mengelakkan aktiviti fizikal di bawah:

  • mengangkat benda berat dengan berterusan
  • menolak atau menarik benda yang berat
  • naik tangga dengan kerap
  • berdiri pada jangkamasa yang lama




 

Leave a Reply

Labels