Thursday, 21 June 2012
Siulan Syurga Si Isteri
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar
Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan
bergaduh.
Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia
membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.
Si suami tidak tahan dengan perangai
isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun
marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.
Dari situlah mereka bertengkar dan
bergaduh saban hari. Lama kelamaan si
suami merasakan yang isterinya sudah melampau.
Memandangkan keadaan rumahtangga mereka
semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan
Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar
isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula
suara Saidina Umar membalas.
Mendapati isteri Saidina Umar pun
begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam
hati, “Kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.”
Ketika dia berpaling hendak pergi,
tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya,
“Apa hajat kamu datang ke mari?”
Si suami tadi menjawab,
“Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat
isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”
Saidina Umar tersenyum lalu berkata,
“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya.
Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga
anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya
keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”
Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan
peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk
rumahtangga yang bahagia.
Ingatlah wahai suami. Senyap bukan
bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.
Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang
memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter,
membebel, emo, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.
Ingatlah wahai isteri. Suami adalah
pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu,
ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu
ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri.
Sebab itu, di belakang setiap lelaki
yang berjaya adalah seorang perempuan (isteri).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































