Thursday, 21 June 2012
Saiz Perut Ketika Hamil
Saiz perut ketika hamil turut bergantung kepada jumlah cairan amniotik yang terdapat di dalam rahim. Adakah jumlah minuman yang diambil akan mempengaruhi jumlah cairan amniotik ini?
Tidak sama sekali. Pertambahan jumlah cairan amniotik selalunya diakibatkan oleh penyakit kencing manis, keganjilan di dalam perkembangan bayi di dalam kandungan, konflik Rhesus dan juga komplikasi yang diakibatkan dari jangkitan. Jika seseorang wanita mempunyai cecair amniotik yang sedikit, ini akan menyebabkannya lewat bersalin dari tempoh yang sepatutnya.
Adakah saiz perut yang kecil sewaktu hamil adalah lebih baik?
Tidak. Berat badan yang tidak mencukupi ketika sedang hamil boleh menyebabkan bayi menjadi cacat ketika di dalam kandungan, anak yang dilahirkan menjadi terlalu kecil, lahir dalam keadaan pramatang ataupun mati ketika dilahirkan. Wanita yang hamil harus berusaha untuk mencapai berat badan yang ideal. Kajian dari pakar sains di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa wanita yang lebih optimistik dalam hidup mereka jarang memperolehi bayi yang kecil saiznya. Mereka kerap menjaga kesihatan mereka dengan makan secara sempurna dan melakukan senaman dengan kerap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































