Thursday, 21 June 2012

Bayi Dalam Kandungan Punca Berat Badan Bertambah?

0 comments

 

Adakah bayi di dalam kandungan yang besar akan menyebabkan berat badan yang bertambah?

Ini boleh juga berlaku. Namun anda juga harus berhati-hati kerana wanita yang mengalami penyakit kencing manis ketika hamil berpotensi untuk memperolehi bayi yang besar. Sekiranya seseorang wanita yang hamil itu adalah berbadan besar maka dia harus menjalani pemeriksaan untuk menguji paras gula di dalam darah dan air kencingnya.

Penyakit kencing manis adakalanya boleh timbul secara tiba-tiba tanpa disedari. Bahkan penyakit ini juga boleh datang secara tiba-tiba di waktu kehamilan. Ini terjadi disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku di dalam tubuh wanita tersebut. Berat badan yang berlebihan sewaktu hamil ini biasanya akan menyebabkan wanita yang mengalaminya terpaksa menjalani pembedahan sewaktu bersalin.





Leave a Reply

Labels