Thursday, 21 June 2012
Kaitan Antara Emosi dan Masalah Berat Badan Berlebihan
Adakah terdapat sebarang kaitan si antara emosi dengan berat badan yang berlebihan di kalangan wanita hamil?
Mungkin ya. Sesetengah wanita yang sedang mengalami tekanan perasaan akan lebih menumpukan perhatian terhadap makanan. Ini akan menyebabkan berat badan mereka semakin meningkat. Di dalam sesetengah situasi yang lain pula, terdapat wanita yang mengalami tekanan perasaan tidak teringin untuk menjamah makanan. Di waktu-waktu begini adalah penting sekiranya anggota keluarga yang berada di sekeliling wanita tersebut berusaha untuk menenangkan perasaan mereka agar sentiasa berada dalam ceria.
Anggaran jumlah pertambahan berat badan ketika hamil:
Bayi: 2.5-3kg
Plasenta: 0.5-0.75kg
Cecair Amniotik: 0.75-1kg
Berat Rahim: 0.75-1kg
Payu Dara: 0.75-1kg
Jumlah Darah Si Ibu: 1.5-2kg
Jumlah Cecair Si Ibu di dalam Sel: 1.5-2kg
Pengumpulan Glukos di dalam Tubuh Si Ibu: 3.25kg
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































