Oleh yang demikian sekiranya seseorang wanita yang sedang hamil mendapati bahawa berat badan mereka meningkat secara mendadak , mereka harus segera memeriksa jumlah air minuman yang diambil dan diserap pada setiap waktu. Wanita yang sihat mampu menyerap air dari minuman yang diambil olehnya. Jumlah air yang terkumpul di dalam badan ini akan menyebabkan berat badan bertambah secara tiba-tiba. Pertambahan ini tidak hanya dapat dilihat di bahagian luaran bahkan bahagian dalaman juga boleh turut membengkak. pembengkakan plasenta adalah amat merbahaya yang akan menyebabkan pembesaran bayi di dalam kandungan terganggu.


































