Pokok ciku agak kecil atau sederhana, iaitu tingginya mencapai 25 m. Pokok ciku berbentuk piramid semasa kecil dan menjadi bulat apabila matang. Ciku ialah sejenis tumbuhan yang menghijau sepanjang tahun, berdahan rendah, berdaun lebat serta mempunyai batang yang liat. Pokok ciku lambat membesar tetapi dapat hidup lama. Satu ciri pokok ciku yang menarik ialah kebanyakan bahagian pokoknya, terutamanya kulit kayu mempunyai getah. Getah ini ialah chicle yang dahulunya digunakan sebagai bahan asas gula getah.
Jenis-jenis ciku yang paling popular di Semenanjung Malaysia ialah Jantung, Be tawi dan Subang. Ciku Jantung mempunyai buah yang agak besar, iaitu 90 – 120 g, berbentuk bujur dan berwarna perang kemerahan pucat Isinya lembut teksturnya halus, berjus dan berbau harum.Wamanya perang kemerahan, mengandungi 3-6 biji yang hitam berkilat, keras dan leper. Saiz buahnya agak seragam dan mudah dikendalikan.
Ciku Subang banyak ditanam di kawasan Subang, Selangor. Buah jenis ini berbentuk bujur dan saiznya sederhana. Rasanya sangat manis dan tekstur isinya lebih halus dan tidak berpasir dibandingkan dengan ciku Betawi dan Jantung. Ciku Betawi mempunyai saiz dan kemanisan buah yang sedertiana. Bentuknya bujur sedikit atau hampir-hampir bulat. Kulit buahnya nipis. Isinya manis tetapi tekstumya agak kesat dan berpasir.
Ciku adalah antara buah-buahan yang digemari ramai dan berpotensi sebagai buah segar untuk pasaran tempatan. Antara masalah yang dihadapi ialah tempoh penyimpanan buah yang singkat dan pengendalian buah yang agak rumit.



































