Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak
Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah
lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang
hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana
rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah
kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.
Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak
Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak
berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si
polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada
kelambu. Bertanyalah si polis,
Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.