Sunday, 17 June 2012
Lawak: Penjual Kuih Yang Slamber...
Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah
perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih
tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh
kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain
tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.
Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain
lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka
perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi
membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi
terpelanting dengan dahsyat sekali.
Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu
keretapi terus bertanya "Ada apa Puan?" Dengan selamber wanita itu
menjawab..."...yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































