Friday, 22 June 2012
Perihalan Mandi Wajib
Mandi wajib itu penting, tetapi bukan
perlu dikomplekskan. Antara persoalan yang timbul termasuklah:
1.
Niat sebelum atau
selepas menjiruskan jirusan air pertama ke kepala;
2.
Was-was dengan mandi wajib;
3.
Antara wiladah dan nifas;
4.
Keperluan mandi wajib apabila masuk sesuatu ke dalam faraj,
terkeluar
air mazi, atau onani;
5.
Ukuran air 2 kolah;
6.
Wudhuk sebagai
ganti kepada mandi wajib;
7.
Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab;
8.
Terlupa bahawa
sedang mandi wajib;
9.
Jarak masa antara
penyebab dengan mandi wajib;
10.
Bilangan jirusan
setiap bahagian tubuh badan; dan sebagainya yang
kadangkala tidak berkaitan dengan bab
tersebut.
Oleh itu, biarlah saya perincikan satu persatu isu-isu
yang timbul ini.
Niat
Isu niat adalah antara yang paling
sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang. Faktornya, pendidikan awal di
sekolah. Para pendidik agama sering menekankan perkataan “Sahaja aku…” dalam
berniat.
Apabila niat itu rukun, maka perkataan tersebut wajib
dicetuskan dalam hati sebagai tanda kita berniat. Ini adalah tanggapan yang
salah, malah amat sukar untuk diperbetulkan.
Pendek kata, maksud sebenar niat ialah
perbuatan yang dilakukan dalam keadaan sedar. Yang dikatakan tidak niat itu
ialah sama ada dia melakukan sesuatu itu dalam keadaan mengigau, atau terlupa,
atau nyanyuk, atau berkhayal. Selain daripada itu, semuanya berniat.
Oleh itu, niat mandi wajib itu hadir
dengan sendirinya apabila anda ke bilik mandi untuk mandi wajib, seterusnya
memulakan mandi itu, sehingga selesai. Maka tidak timbul nak niat masa mana.
Was-was
Persoalan sebegini juga tidak timbul. Kerana mandi
wajib dan was-was adalah 2 perkara berbeza. Mandi wajib adalah perlakuan mandi.
Was-was pula adalah penyakit yang datang dari godaan syaitan.
Penyakit ini tidak terlibat sama sekali dalam rukun mandi,
syarat sah mandi, mahupun perkara sunat dan makruh ketika mandi.
Antara
wiladah dan nifas
Mandi wiladah ialah mandi wajib selepas bersalin. Wujudnya
hukum mandi wiladah itu adalah untuk Siti Fatimah, yang diberi keistimewaan
oleh Allah s.w.t, tidak keluar darah nifas selepas bersalin.
Ia tidak berkenaan bagi kita orang
biasa. Jika ditunaikan juga mandi wiladah, maka mandi itu dikira lagha, kerana
masih lagi dalam keadaan kotor.
Benar, terdapat beberapa percanggahan
di sini. Dari apa yang saya pelajari, sekiranya dalam keadaan kotor, maka
segala ibadat yang dilarang semasa kotor jika ditunaikan adalah dikira lagha,
iaitu sia-sia (tidak mendapat pahala, malah membazir masa dan air).
Jadi di sini, untuk mengangkat hadas
besar, dalam keadaan masih berhadas besar, maka tidak sah mandi tersebut. Sebab
itu dikatakan mandi wiladah sahaja itu hanyalah untuk Siti Fatimah isteri
Saidina Ali r.a., yang hanya keluar wiladah sahaja.
Bagi kita orang biasa, cukup
dilaksanakan sekaligus mandi wiladah dan nifas, sebaik sahaja kering darah
nifas. Perkara ini banyak diperbincangkan dan diberi penerangan di peringkat
hospital-hospital bersalin.
Bagaimana caranya? Angkat hadas besar
dengan niat nifas dan wiladah. Yang lain-lain sama sahaja.
Keperluan mandi wajib apabila memasukkan sesuatu ke dalam faraj, terkeluar
air mazi, atau onani
Memasukkan sesuatu ke dalam faraj,
terkeluar air mazi, tidak perlu mandi wajib.
Onani, sehingga mencapai klimaks, tidak
kira jantina, wajib mandi baginya.
Perlu diingat, yang haram tetap haram. Onani tetap haram walau apa jua cara dan keadaan. Namun,
mandi tetap wajib.
Ukuran air 2 kolah
Ada yang bertanya bagaimana mandi wajib
jika tiada kolah, yang ada hanyalah baldi, cukup ker 2 kolah dengan baldi itu?
2 kolah ialah suatu ukuran air, di mana
sekiranya mencapai ukuran tersebut, maka air itu tetap mutlak walaupun
terpercik sedikit air yang wujud unsur najis ke dalamnya.
Sebaliknya, air mutlak akan menjadi air
najis apabila tidak cukup ukuran tersebut. Hukum mandi wajib dengan air najis
adalah tidak sah.
Oleh itu, mandi wajib menggunakan air
paip secara terus adalah lebih memudahkan. Tidak perlu susah-susah guna baldi.
Wudhuk sebagai ganti kepada mandi wajib
Dalam bab ini, terdapat 2 pendapat. Ada
yang berpendapat begini:
Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan
itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi
dan mengerjakan mandi wajib sejurus mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan
itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka
hingga ke pagi.
Namun pendapat ini diragui, atas sebab
yang saya sebutkan dalam tajuk kecil “Antara wiladah dan nifas” di atas tadi.
Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab
Dalam nifas, ada wiladah. Sebelum mandi
wajib sebab haid, bersama suami dahulu (haram). Ini yang kita panggil dua sebab
yang mewajibkan mandi.
Diulang, yang haram tetap haram. Kita
bercakap isu tindakan atas sesuatu isu, bukan galakan untuk melakukan yang haram.
Persoalannya, berapa kali wajib mandi
untuk 2 sebab? Adakah dalam satu sebab sekali mandi, 2 sebab dua kali mandi?
Tidak perlu, cukup hanya sekali untuk
berapa banyak sebab pun.
Terlupa bahawa sedang mandi wajib
Saya hendak mandi wajib tapi terlupa dan saya mandi macam
biasa. Sedang mandi, teringat pula tentang mandi wajib. Jadi saya berhenti
mandi dan keringkan badan. Kemudian, saya mandi wajib. Sah ke?
Jika berlaku sedemikian, tidak perlulah
dikeringkan dahulu badan itu. Teruskan mandi dari atas ke bawah, sejurus
teringat semula di mana anda berada.
Jarak masa antara penyebab dengan mandi wajib
Penuntut sekolah aliran agama memberitahu bahwa kita kena
tunggu lebih kurang 5 jam baru boleh mandi wajib.
Siapa yang kata begitu sila angkat
tangan, berikan nama dan nombor IC. Nak tengok sikit wajah insan yang berkata
begitu.
Mana ada. Dari mana belajar ni? Ustaz
mana yang ajar? Tidak ada hukum mengatakan kena tunggu 5 jam ker, 2 jam ker,
setengah jam ker, lima minit ker, 2 saat ker.
Nak mandi, mandi jer. Tak payah
ditunggu-tunggu.
Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan
Ustaz di sekolah ajar, 3 kali jirusan di kepala, 3 kali
dia bahagian badan kanan dan 3 kali di bahagian kiri. Sekiranya saya menggunakan
’shower’ bagaimanakah caranya untuk berbuat begitu?
Yang ini lagi satu. Pendidik yang tidak
mengikuti arus kemodenan zaman. Sudah tahu anak murid semua guna shower, kenapa
diajar juga cara guna cetong? Kan pening anak murid tu.
Dah pakai shower, berdiri saja lah di
bawah shower itu sehingga benar-benar yakin bahawa air mengalir ke setiap
lapisan kulit di setiap anggota badan.
Yang 3 jirusan itu hanya untuk
memastikan air diratakan dengan baik. Itu pun khusus untuk yang guna cetong
atau cebok sahaja.
Penutup
Diharap entri ini dapat menjawab
sedikit sebanyak keraguan yang timbul dalam diri masing-masing.
Dipetik dari Soleh.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































