Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) dan Kesan Terhadap Kesuburan
Polycystic ovarian
syndrome atau nama singkatanya PCOS adalah masalah perubatan dimana
ovari anda bertindak secara tidak normal yang menyebabkan terjadinya
masalah haid tidak teratur, tiada haid dan masalah infertiliti. PCOS
adalah diantara penyebab utama ketidaksuburan dan terjadi pada sekitar 5
hingga 10 peratus wanita pada usia reproduksi.
Gejala PCOS boleh
terjadi seawal puberti, iaitu ketika haid pertama kali bermula. Ia
disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon dalam kuantiti yang
sepatutnya dan berlakulah ketidak seimbangan hormon yang menyebabkan
tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan
telur. Walaubagaimanapun kebanyakkannya gejala PCOS berlaku lebih
perlahan lahan dan berperingkat- ringkat dan menjadi lebih ketara
apabila meningkat usia.
Gejala PCOS mungkin termasuk:
- Menstruasi yang tidak teratur atau tiada langsung sampai berbulan bulan
- Peningkatan bulu pada badan dan muka (juga dikenali sebagai hirsutism)
- Jerawat
- Gelap warna kulit di sepanjang leher, ketiak, celah kangkang, dan di bahagian dalam paha
- Masalah Obesiti
- Jangkitan kulat vagina
- Masalah kencing manis