Monday, 25 June 2012
Rawatan Untuk PCOS
Bagaimana PCOS dirawat?
Rawatan
bergantung sepenuhnya pada gejala anda dan juga keinginan anda untuk
hamil. Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan
karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. Bagi
mereka yang ingin hamil, ubat subur seperti clomid atau Gonal F akan
diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Dalam kes- kes dimana ubat subur
tidak begitu efektif, ovarian drilling mungkin disarankan untuk
memecahkan cyst cyst kecil pada ovari.
Wanita
dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang.
Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.
PCOS
juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak
normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS
dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin. PCOS adalah
masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat
untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan
rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































