Friday, 29 June 2012
Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri.
Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan
saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama,
imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua
bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita
untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan
mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam
dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya
untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan
imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan
untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat
perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring
sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas
atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur.
Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula
bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia
satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam
dengan menggunakan telunjuk anda.
Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu
soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di
tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan
bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan
dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum
mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































