Friday, 20 July 2012

Cara Mendapatkan Pertolongan Allah (Bahagian 1)

1 comments





Pengalaman manusia itu khilaf tetapi kesan amal itulah sebenarnya haqiqat. Allah wujudkan khasiat pada setiap benda. Manakala dalam diri manusia pula wujudnya roh. Tugasnya ialah untuk tarbiyah badan zahir. Dengan adanya roh maka badan akan sentiasa sihat serta kestabilan wujud dalam kehidupan harian. Setiap anggota akan berfungsi mengikut ketentuan masing-masing. Kesan kesihatan pada perasaan dan hati, maka sifat senyum, senang, tenang dan gembira akan dizahirkan. Apabila kita tidur, fungsi zahir tadi akan luput. Mata, telinga, mulut dan anggota lain tidak akan berfungsi lagi. Dan sifat itu hapus sama sekali bila datangnya maut.

Roh tertakluk kepada beberapa keadaan:

  1. Tidur di alam dunia adalah umpama mati (rujuk kepada doa bangun tidur). Bangun dari tidur samalah seperti bangun dari tidur di Padang Mahsyar kelak.

  1. Di alam dunia kita tidur, kemudian bangun dan kemudian tidur balik. Tidur yang sebenar ialah di Alam Kubur. Manusia dicipta, kemudian dimatikan dan dihidupkan kembali. Segalanya adalah dengan izin Allah.

  1.  Seluruh manusia akan dibangkit kembali di Alam Akhirat. Disanalah segala amalan akan dibalas (amalan ketika di dunia). Orang beriman jika masuk neraka maka api neraka pun akan menjerit: "Keluarlah kamu dari sini aku mulai sejuk sekarang!" Ia akan buat "Jaulah" (ziarah) di neraka untuk menyelamatkan mereka yang mempunyai iman walau sebesar zarah. Mereka yang ada sifat rahim dalam diri manusia maka dia akan dikasihi di langit.

Dalam ta'lim kita dengar perkara ini supaya sentiasa mengasihi orang lain. Bila wujud kesatuan hati maka pandangan Allah jatuh pada kita. Dengan demikian orang kafir akan tertarik maka wujudlah dakwah.

Kewujudan dakwah --pada: Lidah (percakapan), Anggota (amal), Hati (perasaan), Fikir (dakwah)-- untuk keluarga amat penting. Lihatlah keluarga Nabi Yusof dan Nabi Ismail a.s. Bagaimana keluarga mereka? Tarbiyah berpunca dari keluarga. Malah fikir alami (global) juga datang dari fikir keluarga dan fikir kampung. (Maulana baca ayat Al Quran)

Suatu hari Maulana jumpa sekumpulan doktor yang tidak percaya kepada Alam Kubur. Kita terkadang yakin tentang apa yang tidak lihat apabila  seorang  pakar memberitahu kita mengenainya. Pakar tadi ditanya oleh Maulana: "Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat galian?" Jawab mereka: "Benar kerana kami telah membuat kajian dan pakar dalam bidang ini."

Kata Maulana: "Walaupun saya tidak nampak bahan itu tetapi kepakaran kamu telah meyakinkan saya. Jadi begitulah juga Alam Akhirat. Yakinlah dengan kepakaran baginda Nabi saw."

Pada diri manusia ada 2 keadaan. Di luar kita nampak seperti seguni gula, sebatang besi, dan sebagainya. Dalam badan kita seperti karbohidrat, mineral, protein dan air yang tidak dapat kita lihat. Begitulah juga alam akhirat. Di dunia kita nampak ular, keldai, kala dan macam-macam lagi tetapi di dalam kubur ular, kala, api tidak nampak dengan mata zahir ini.

Buatlah usaha agama dengan perasaan takut dan bimbang. Kesan amal tidak mungkin silap. Kesannya tetap wujud di dunia dan akhirat. Jadi mengapa terkadang amal itu tidak makbul… jawabnya ialah kerana amal tidak kuat.


Bersambung......................

One Response so far

  1. Anonymous says:

    TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA (Renungan bersama)

    ~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..

    ~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..

    ~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..

    ~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...

    ~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..

    ~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..

    ~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..

    ~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

Leave a Reply

Labels