Sunday, 22 July 2012

Cara Mendapatkan Pertolongan Allah (Bahagian 3)

0 comments





Peningkatannya beransur-ansur maka keberkatan akan datang dalam kebendaan. Ianya akan: bertambah, mencukupi dan doa dapat menyelesaikan masalah-masalah benda.

Dalam peperangan, sahabat dapat bantuan Allah karena sifat: taqwa, sabar serta doa dengan menangis. Bantuan ini tetap akan turun sehingga hari Kiamat. Bukan hanya dalam Badar. Terkadang pertolongan ini dilambatkan karena Allah ingin melihat kerisauan kita. Perkara yang menyebabkan Allah menurunkan kekalahan kepada pihak musuh: sombong & bongkak, bermegah-megah dan menghalang kerja agama seperti Badar. Sekarang pertolongan Allah telah turun kepada kita. Yang jahat ditukar kepada baik dan yang kaya dapat tunaikan zakat. Duit untuk faqir sementara, tetapi untuk kerja agama ianya akan berterusan.

Pertolongan Allah akan diangkat bila:

  1. Buat usaha dengan niat dunia,
  2. Kelemahan dalam syor,
  3. Wujud pecah-belah,
  4. Orang tidak taat.

Inilah yang terjadi dalam Uhud . Ia saling berkait diantara satu dengan yang lain. Dalam Uhud 1000 sahabat yang ikut tetapi 300 orang ada kepentingan yang lain. Golongan munafik diketuai Abdullah bin Ubay kembali ke Madinah. Kekalahan sementara dirasai oleh Islam karena wujudnya golongan yang pentingkan dunia.

Satu tamsil: Seorang pesakit diberi doktor ubat. Ubat makan iaitu antibiotik & ubat sapu. Jika tidak sembuh juga maka doktor terpaksa membedahnya. Dan untuk orang yang berpenyakit rohani maka Nabi saw akan hantar sahabat untuk buat dakwah. Dakwah seperti ubat antibiotik. Dakwah yang
disertai dengan akhlak. Akhlak itu seumpama ubat sapu. Jika masih tidak sembuh maka terpaksa dipotong, kalau tidak ia akan berjangkit. Natijah penyakit jasmani adalah Maut. Manakala natijah penyakit rohani pula ialah Neraka Jahannam. Dalam neraka mereka menjerit lalu ditempelak oleh Allah tentang dakwah & ingatan yang diberi ketika di dunia.

Fir’aun & kaumnya yang musnah dahulu dihancurkan oleh Allah sendiri. Allah sendiri yang jalankan "Operation". Sekarang Allah tidak akan jalankan operation seperti dulu tetapi secara beransur-ansur. Ketika sahabat menghadapi penderitaan oleh kaum kafir di Mekah, mereka tidak mengambil tindak balas walaupun mereka mampu karena taat perintah Allah. Di Madinah barulah perintah "melawan" turun. Dalam perang Uhud, tentera kafir hampir kalah dan ghanimah telah ditinggalkan. Ini dilihat oleh pasukan yang sedang bersedia di atas bukit.

Amirnya ialah Abdullah bin Zubair. Tercetus fikir dalam hati tentera tersebut :

"Kita mesti turun untuk kumpulkan ghanimah dan bantu ringankan urusan mereka di bawah serta membantu memerangi musuh yang masih ada."

Hanya tinggal 12 orang yang tetap patuh kepada Abdullah bin Zubair. Khalid Al Walid yang ketika itu belum Islam mengambil kesempatan menyerang tentera Islam dari belakang. Khalid hanya mengetuai 100 orang tentera kafir untuk mencetuskan serangan itu. Dalam peperangan itu 70 orang sahabat telah syahid. Seorang musyrikin bernama Abdullah Qaniah telah ‘mensyahidkan’ gigi Nabi saw dan sempat memecahkan topi besi baginda. Dalam kerja ijtima’i, kita semua akan dapat masalah walaupun hanya segelintir sahaja yang buat amal tidak betul. Dalam peperangan Uhud Nabi saw dihebohkan telah wafat. Dalam hal ini sahabat mengambil sikap: "Nabi syahid, kitapun syahid atau kitapun teruskan perjuangan (usaha)."

Inilah tahap Uhud:

  1. Kemenangan,
  2. Kekalahan sementara (kerana bantuan diangkat Allah),
  3. Bantuan datang kembali .

Iktibar dari peristiwa Uhud:

  1. Seorang yang beriman tetapi kotor dengan keduniaan maka Allah akan tapis dan buang kotoran itu.
  2. Apabila bersih barulah bantuan datang kembali.

Janganlah minta tapisan ini. Ia adalah ujian dari Allah. Sebaliknya mintalah afiat dari Allah. Bila khilaf berlaku dalam usaha agama, tapisan akan datang dari Allah untuk selesaikan khilaf pada diri sendiri. Sentiasa salahkan diri dan merasai bahwa diri kita amat banyak kekurangan. Sabda Nabi saw: "Semua kamu adalah orang yang bersalah." Tiada siapa yang betul. Siapa kata dia betul maka dia telah menentang Nabi secara terbuka. Sabda Nabi saw:

"Orang yang terbaik di antara yang bersalah ialah orang yang bertaubat."


Bersambnung......................

Leave a Reply

Labels