
Saturday, 20 April 2013
TIPS : Cara untuk beza kan Ais Mentah atau Sudah di Masak
Teh ais satu!! hah, minuman ber'ais' memang menjadi kegemaran kebanyakan Lebih-lebih lagi kalau kita makan di luar. Pernah ke korang terfikir diorang buat ais ni dari air mentah atau air masak? Ni nak share cara nak bezakan ais dari air masak dan air mentah. Semoga tips ni bermanfaat untuk kita semua.
Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.
Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)