Wednesday, 29 May 2013
Anoreksia dan Bulimia
Anoreksia dan Bulimia
ANOREKSIA
Gangguan makanan yang umumnya berlaku dikalangan remaja dan golongan wanita yang terlalu fanatik untuk langsing. Anoreksia ialah usaha menguruskan badan menggunakan cara melakukan kawalan ketat keatas makanan yang diambil. Penderita anoreksia merasa lapar tapi takut untuk makan sebab takut gemuk.
Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga bila mereka makan dalam jumlah yang sangat kecil sekalipun, mereka sudah merasa kenyang sehingga sampai suatu tahap mereka malas untuk makan kerana takut gemuk.
BULIMIA
Tujuan penderita bulimia sama dengan penderita anoreksia, hanya jika penderita anoreksia malas untuk makan, sebaliknya pula berlaku dengan penderita bulimia.
Mereka akan mengambil makanan yang mereka sukai, mereka akan makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka, kemudian mereka akan memuntahkan balik apa yang dimakan.
Mereka berpendapat badan langsing akan tetap dapat dipertahankan meskipun mereka makan apa sahaja yang mereka suka.
Penderita anoreksia dan bulimia biasanya akan cuba menurunkan berat badan mereka 25 hingga 50 persen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































