Wednesday, 29 May 2013

Bintik-bintik Putih

0 comments



Masalah Bintik-bintik Putih

Rupanya kelihatan seperti mutiara yang mengganjal sebesar kepala pin/jarum pentul dipermukaan wajah. Ianya tidak mempunyai liang/pembukaan dan biasanya tidak boleh dipicit keluar.

Penyebabnya:
Bintik-bintik putih terjadi kerana adanya penakungan sebum, iaitu minyak yang terkumpul disaluran buta (saluran yang tersumbat/tanpa liang dipermukaannya). Dan biasanya bintik-bintik putih ini susah untuk menghilangkannya dan jarang hilang sendiri.

Rawatan:
Cara yang terbaik untuk menghilangkannya ialah  dengan membuka liang tempat bintik-bintik putih ini tumbuh. Bintik-bintik putih ini boleh dipecahkan dengan menggunakan jarum yang sudah dibasmi kuman/streril. Setelah dicucuk dengan jarum kemudian picit keluar, dan sapukan dengan "toning lotion"/penyegar secepatnya untuk membasmi kuman pada kulit. Jika bintik-bintik putih itu terlalu besar, jangan lakukan sendiri, minta bantuan juru kecantikan.





Leave a Reply

Labels