Saturday, 11 May 2013

Cara Memikat Lelaki Pujaan

0 comments



Cara Memikat Lelaki Pujaan

BERI PERHATIAN PENUH
Lelaki sukakan wanita yang sering member perhatian penuh kepadanya, mendengar impiannya, keraguan hatinya, kesediahannya dan selau memberi keyakinan dan sokongan kepadanya. Lelaki juga seorang yang manja dan disebabkan itu wanita yang menjaga makan dam minumnya pasti akan melekat di hati lelaki itu.

JADI PENGHIBUR YANG BAIK
Kita sebagai seorang perempuan memang tidak lari dari masalah merajuk. Tapi jangan selalu sehinggakan dia berasa bosan. Jadikan diri anda sebagai penghibur hati dia dengan menenangkan pandangannya dan melembutkan jiwanya.

PANDAI MEMASAK
Orang tua-tua selalu cakap, kalau nak pikat hati lelaki dengan masakan. Memang benar. Tidak mengapa jika anda tidak berapa pandai masak masakan yang hebat-hebat, cukuplah sekadar anda pandai masak makanan yang digemarinya.

BOLEH MASUK DALAM SEGALA HAL
Sekiranya anda boleh menyesuaikan diri dalam segala hal kegemarannya, boleh bergaul dengan semua orang termasuk dengan rakan-rakannya tanpa ada sebarang masalah, ini lebih bagus.

JADI SEORANG YANG ‘PANDAI’
Lelaki sememangnya suka kepada perempuan yang cantik, pandai dan bijak. Terutamanya dalam hal menjaga pergaulan diri dan kehormatan diri. Anda haruslah pandai dalam bab itu. Juga pandai dari segi penampilan dan perlakuan.

CARI PERSAMAAN
Persamaan anda dan dia akan menjadi penarik antara anda berdua. Apabila anda Berjaya menampakkan diri anda sebagai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya, ini akan membuatkan si dia tertarik untuk mendekati dan mengenali anda dengan lebih mendalam.

DI SISI DIA
Jadikan anda adalah orang yang sentiasa berada hampir dengannya ketika keadaan susah dan senang. Jangan sesekali buatkan diri dia berasa keseorangan. Bila anda adalah orang yang sentiasa dekat dengannya tidak mustahil anda juga akan sentiasa dekat di hatinya.





Leave a Reply

Labels